DEWAN PERDANA SURIA

LOKASI INDAH DAN MEWAH
 


Lokasinya di Aras 7, Dewan Perdana Suria mengandungi Dewan Utama yang luas dan Galeri. Dewan bersegi empat tepat ini sesuai untuk pelbagai majlis seperti seminar, konsert, majlis konvokesyen, majlis perkahwinan Melayu, pertunjukan fesyen dan majlis makan malam yang berskala besar. Galeri yang terletak di Aras 8 menjanjikan pemandangan indah Dewan Perdana Suria secara keseluruhan. Bilik tetamu VIP yang selesa dan lengkap juga terletak di Aras 8 untuk majlis khas.


Berkonsepkan mewah, moden, sofistikated dan fleksibel, Dewan Perdana Suria menjanjikan yang terbaik untuk setiap majlis diadakan. Berkarpet merah dan berhawa dingin, Dewan Perdana Suria juga menjanjikan keselesaan, kemesraan dan memastikan setiap majlis diadakan diakhiri dengan kejayaan yang memuaskan hati semua pihak.









 
MajlisDewan Utama Aras 7Galeri Aras 8
Majlis Perkahwinan Melayu/Makan Malam(formal)700300
Majlis Perkahwinan Melayu/Makan Malam (buffet)400 - 500
(dalam satu masa)
-
Konsert/Pertunjukan/ Majlis Konvokesyen/ Seminar
(Theatre Style)
1000-
Pertunjukan Fesyen500-
KELUASAN 1285 m2474 m2