Lokasinya di Aras 7, Dewan Perdana Suria mengandungi Dewan Utama yang luas dan Galeri. Dewan bersegi empat tepat ini sesuai untuk pelbagai majlis seperti seminar, konsert, majlis konvokesyen, majlis perkahwinan Melayu, pertunjukan fesyen dan majlis makan malam yang berskala besar. Galeri yang terletak di Aras 8 menjanjikan pemandangan indah Dewan Perdana Suria secara keseluruhan. Bilik tetamu VIP yang selesa dan lengkap juga terletak di Aras 8 untuk majlis khas.
Berkonsepkan mewah, moden, sofistikated dan fleksibel, Dewan Perdana Suria menjanjikan yang
terbaik untuk setiap majlis diadakan. Berkarpet merah dan berhawa dingin, Dewan
Perdana Suria juga menjanjikan keselesaan, kemesraan dan memastikan setiap majlis
diadakan diakhiri dengan kejayaan yang memuaskan hati semua pihak. 

Majlis | Dewan Utama Aras 7 | Galeri Aras 8 |
---|---|---|
Majlis Perkahwinan Melayu/Makan Malam(formal) | 700 | 300 |
Majlis Perkahwinan Melayu/Makan Malam (buffet) | 400 - 500 (dalam satu masa) | - |
Konsert/Pertunjukan/ Majlis Konvokesyen/ Seminar (Theatre Style) | 1000 | - |
Pertunjukan Fesyen | 500 | - |
KELUASAN | 1285 m2 | 474 m2 |